skip to Main Content
Taklimat Bersama Pemegang Taruh Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG)

Taklimat Bersama Pemegang Taruh Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG)

Mesyuarat ulung Majlis Taklimat Bersama Pemegang Taruh Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG) di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah disempurnakan pagi ini.

ZPE SMG merupakan projek pembangunan ekonomi tunggal di negeri Selangor yang akan menjadikan sungai dan maritim sebagai nadi untuk membina serta menjana ekonomi mampan untuk masa hadapan rakyat Selangor. Teras strategik dan hala tuju ZPE SMG yang dipacu oleh prinsip ESG boleh menjadikan projek ini sebuah ekosistem mampan bagi memperkukuhkan unsur-unsur kelestarian.

Terima kasih kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan yang menghadiri sesi taklimat bagi mengetahui lebih lanjut tentang ZPE SMG dan peranan yang dimainkan untuk membangunkan Negeri Selangor, terutamanya Y.Bhg Puan Hajah Norita Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI); Y.Brs. Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); Dr Fahmi Ngah, Pegarah Selangor Research Institute; Tpr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia@Selangor; Y.Brs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam bin Shaari, Pengarah LUAS; Y.Brs. Tuan Yusri bin Zakariah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor; dan Pn Zannifa Azura Ahmad, Ketua Ekonomi dan Kewangan, MBI. Sementara itu, Landasan Lumayan Sdn Bhd yang telah diberi mandat sebagai ‘Master Developer’ ZPE SMG, di ketuai oleh Pengarah Urusan kami, En Syaiful Azmen Nordin.

Jalinan kerjasama yang dibentuk antara pihak berkepentingan ini bersama dengan pemegang taruh dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, pejabat-pejabat tanah, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Jabatan Kerja Raya Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, KUSEL, SSDU, Central Spectrum, Smartsel, Kumpulan Hartanah, KDEB Waste Management dan Selangor Advance (Capbay) bakal menjayakan pelaksanaan tujuh projek berimpak tinggi sepanjang Sungai Klang.

Back To Top