skip to Main Content
Mesin Kutip Sampah Sumbangan Coldplay Mula Operasi Oktober

Mesin kutip sampah sumbangan Coldplay mula operasi Oktober

Mesin pengutip sampah Interceptor 005 sumbangan kumpulan muzik popular dari Britain, Coldplay bakal beroperasi awal bulan hadapan.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata mesin kedua untuk proses pembersihan Sungai Klang itu kini sedang dalam fasa terakhir disiapkan.

“Untuk rekod pembersihan Sungai Klang (menggunakan Interceptor) menampakkan hasil dimana tahap kualiti air berada para tiga, empat yang mana sebelum ini mencecah tahap tujuh dan lapan,” katanya di Facebook.

Terdahulu beliau merasmikan sambutan Hari Sungai Sedunia 2021 Negeri Selangor diadakan di Taman Pengkalan Batu, berhampiran Sungai Klang.

Beliau turut melihat proses pembersihan Sungai Klang dilakukan Interceptor 202 inisiatif The Ocean Cleanup selain melepaskan anak ikan keli bertujuan merancakkan ekosistem kehidupan dalam sungai itu.

Read More
Back To Top