skip to Main Content
Sungai Klang Bukan Lagi Paling Kotor Di Dunia – Utusan Malaysia

Sungai Klang bukan lagi paling kotor di dunia – Utusan Malaysia

Sebanyak 75,000 tan metrik sampah berjaya dikumpulkan dari Sungai Klang oleh Selangor Maritime Gateway (SMG) antara tahun 2016 hingga September lalu sekali gus menjadikan sungai itu bukan lagi antara sungai paling kotor di dunia.

Malah menjelang penghujung 2022, sasaran projek SMG adalah mengurangkan jumlah pengeluaran sampah tahunan sebanyak 40 peratus berbanding jumlah kutipan tahun pertama  beroperasi pada 2016.

SMG dilihat optimis untuk melihat jangkaan pengurangan berada pada kadar 33 peratus menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (syarikat yang diberi mandat untuk menerajui projek SMG), Syaiful Azmen Nordin berkata, berdasarkan jumlah terbabit, 50 peratus daripadanya merupakan sampah organik seperti  tumbuh-tumbuhan termasuk dahan pokok.

Katanya, baki 50 peratus sampah bukan organik iaitu plastik menyumbang 80 peratus daripada sampah bukan organik manakala bakinya adalah bungkusan makanan dan minuman, aluminium, tin, barangan getah, tekstil dan sebagainya.

Read More
Back To Top