skip to Main Content
Efektif Bersihkan Sungai Klang, Sasar Guna Interceptor Di Selatan Semenanjung

Efektif bersihkan Sungai Klang, sasar guna Interceptor di selatan Semenanjung

Syarikat The Ocean Cleanup berhasrat memperluas projek kutipan sampah menggunakan jentera Interceptor di sungai lain yang tercemar dalam negara untuk tiga tahun akan datang.

Pengasasnya Boyan Slat berkata cadangan itu susulan keberkesanan jentera terbabit mengeluarkan ratusan ribu tan metrik sampah di Sungai Klang sejak 2016 bawah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

“Matlamat kami untuk menangani masalah di 1,000 sungai seluruh dunia selain membendung 80 peratus pencemaran plastik yang mengalir ke laut.

“Kami rancang meneruskan projek ini di Johor dan utara Semenanjung, jadi kami berharap inisiatif ini mendapat sokongan pihak berkaitan,” katanya selepas meninjau penggunaan jentera itu di Sungai Klang semalam.

Bekas pelajar kejuruteraan aeroangkasa berusia 28 tahun itu menambah penempatan Interceptor 005 pada Oktober tahun lalu melengkapi Interceptor 002 dan tujuh perangkap sampah lain di sungai berkenaan.

Read More
Back To Top