skip to Main Content
Program Jelajah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Ke Kampung Sungai Tua

Program Jelajah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Kampung Sungai Tua

Landasan Lumayan Sdn Bhd telah turut serta menjayakan Program Jelajah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Parlimen Gombak khususnya di Kampung Sungai Tua pada 28 November 2020. Program yang diaturkan oleh Pejabat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua memberi peluang YAB Dato’ Menteri Besar meluangkan masa bertemu rakyat dan juga penglibatan pemimpin di sekitar Parlimen Gombak. Pelbagai program telah diaturkan pada hari tersebut selain dari memberi sumbangan kepada masyarakat Kampung Sungai Tua oleh YAB Dato’ Menteri Besar.

Kehadiran YAB Dato’ Menteri Besar disempurnakan dengan lawatan tapak ke Projek Lanskap Dun Sungai Tua. Acara meletakkan batu asas mercu tanda Kampung Sungai Tua Baharu turut diraikan oleh Y.Bhg. Puan Hajah Norita binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Encik Syaiful Azmen bin Nordin, Pengarah Urusan LLSB. Batu asas mercu tanda tersebut merupakan sumbangan dari pihak LLSB dengan kerjasama agensi kerajaan iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang memberi kelulusan untuk membuat mercu tanda dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang menguruskan dan menjayakan program tersebut.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa program jelajah ini.

Back To Top