skip to Main Content
Selangor Maritime Gateway Jadikan Sungai Klang Sumber Ekonomi

Selangor Maritime Gateway jadikan Sungai Klang sumber ekonomi

Pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway (SMG) dapat menjadikan Sungai Klang sebagai sumber air kepada industri dan kawasan perumahan.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu tidak mustahil sekiranya perancangan baik dijalankn hingga meningkatkan kualiti air.

“Projek ini turut menjamin kemajuan pembangunan sepanjang tebing Sungai Klang. Matlamat projek ini untuk bersihkannya dan mengesan faktor ekonomi yang boleh digerakkan sepanjang sungai,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menyampaikan hadiah pertandingan SMG Water You Doing? Show Us Your Art! anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) di sini hari ini.

Read More
Back To Top