skip to Main Content
Projek SMG Disifatkan Berjaya Tingkatkan Kualiti Air Di Sungai Klang

Projek SMG disifatkan berjaya tingkatkan kualiti air di Sungai Klang

Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) untuk memulihara Sungai Klang disifatkan berjaya meningkatkan kualiti air di sungai itu daripada tahap empat ke tahap tiga, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pihaknya optimis kualiti air di Sungai Klang yang dianggap antara teruk tercemar di Malaysia itu akan dapat ditingkatkan ke tahap dua dalam masa terdekat jika semua perancangan projek SMG kendalian Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) dilaksanakan dengan sempurna.

“Jika dilihat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat tanda-tanda positif daripada aspek kualiti air di Sungai Klang, dan ia merupakan perkembangan yang baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri kini sedang merancang untuk membangunkan kawasan tebingan Sungai Klang yang diyakini dapat memberikan pulangan ekonomi kepada Selangor.

Read More

 

Back To Top