skip to Main Content
Sampah Berkurang, Kualiti Sungai Klang Meningkat

Sampah berkurang, kualiti Sungai Klang meningkat

Jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang berkurangan sebanyak 43 peratus selepas sebulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, sebanyak 580 tan metrik sampah dikumpul antara 15 Mac hingga 15 April lepas di bawah projek ‘Selangor Maritime Gateway’ (SMG) berbanding purata 900 hingga 1,200 tan metrik sebulan dalam tempoh enam bulan lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh PKP, Sungai Klang merekodkan bacaan indeks kualiti air (WQI) kelas III hampir 90 peratus daripada masa pengawasan.

Read More
Back To Top