skip to Main Content
Sungai Klang Makin Bersih, Buang Gelaran Antara Terkotor Di Dunia – Selangorkini

Sungai Klang makin bersih, buang gelaran antara terkotor di dunia – Selangorkini

Pernah disenaraikan antara sungai terkotor di dunia, gelaran itu berubah secara drastik apabila kebanyakan sampah dikeluarkan dari Sungai Klang sejak 2016.

Secara purata, sekitar 1,000 tan metrik sampah dikutip dalam tempoh sebulan sejak 2018 berbanding 1,500 tan metrik sebelum itu, kata pengarah urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).

“Sungai Klang sering disenaraikan antara terkotor di dunia. Keadaan ini berubah secara drastik dan tiba masanya kita dikeluarkan daripada senarai itu.

“Kebanyakan sampah terapung sudah dikeluarkan dan anda boleh menaiki bot dari Pangkalan Batu ke Pelabuhan Klang tanpa perlu berhenti setiap 500 meter,” kata Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan.

Pihaknya turut menyasar untuk menurunkan kadar pengeluaran sampah kepada 900 tan metrik sebulan pada hujung 2022 melalui pemasangan tujuh perangkap sampah dan dua interceptor The Ocean Cleanup.

Read More
Back To Top