skip to Main Content
‘Interceptor’ Mula Operasi Bersihkan Sungai Klang

‘Interceptor’ mula operasi bersihkan Sungai Klang

Topi keledar, beg tangan, botol plastik merupakan antara sampah yang berjaya dikutip ‘Interceptor 002’ yang mula beroperasi di Sungai Klang sejak Ogos lalu.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, ‘Interceptor’ merupakan satu teknologi yang dibangunkan yang mampu mengutip sampah terapung di sungai sehingga 100,000 kilogram (kg) sehari.

Kata Slat, pemilihan Sungai Klang sebagai antara lokasi awal pelancaran ‘Interceptor’ adalah berdasarkan tahap pencemaran sungai yang dilihat antara yang tertinggi, pada masa pihaknya menerima kerjasama baik kerajaan negeri Selangor.

Read More
Back To Top