skip to Main Content
Taklimat Kemajuan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang Dan  Majlis Iftar Ramadan

Taklimat Kemajuan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang Dan Majlis Iftar Ramadan

Taklimat Kemajuan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang telah diadakan pada 10 Mac 2026 bertempat di Shah Alam Convention Centre.

LLSB membentangkan perkembangan terkini projek kepada wakil agensi yang terlibat termasuk MBI, UPEN, JPS, LUAS, JKR, PDTP, PDTK, MBDK dan PRSB.

Sesi turut disusuli dengan ucapan oleh Pengarah Urusan LLSB yang menekankan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang.

Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Iftar Ramadan yang menghimpunkan semua tetamu dalam suasana penuh kemesraan sekali gus mengeratkan hubungan antara semua pihak.

#SMG #LLSB #floodmigitation #sustainability #sungaiklang #KlangRiver

Back To Top