skip to Main Content

Sanusi nafi fitnah Vincent Tan, Berjaya Land korup

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan memfitnah Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad dalam ucapannya pada program Jelajah Mega PN Best, Ogos lalu.

Sebaliknya, ucapan yang dibuat tersebut merujuk kepada isu tatakelola dan ketirisan yang didakwa berlaku dalam pentadbiran ahli-ahli politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) terutamanya membabitkan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Muhammad Sanusi menyatakan sebagai ahli politik pembangkang, beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan sebarang isu tatakelola dan ketirisan dalam pentadhiran PH-BN

Back To Top