skip to Main Content
PKP: Sungai Klang Lebih Bersih By Berita Harian

PKP: Sungai Klang lebih bersih by Berita Harian

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac membawa kepada pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan hari ini berkata dari 15 Mac sehingga 15 April, sebanyak 15, 580 tan metrik (MT) sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” (SMG) berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lalu.

Beliau berkata bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lalu sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan WQI pada Kelas III adalah baik, ia hanya kira-kira 46 peratus daripada masa pemantauan.
Back To Top