skip to Main Content
PKP Jadikan Sungai Klang Lebih Bersih By Bernama News

PKP jadikan Sungai Klang lebih bersih by Bernama news

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac telah membawa kepada pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah yang dikeluarkan daripada Sungai Klang.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan hari ini berkata dari 15 Mac sehingga 15 April, sebanyak  580 tan metrik  (MT) sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” (SMG) berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.

Beliau berkata bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III hampir  90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan WQI pada Kelas III adalah baik, ia hanya kira-kira  46 peratus daripada masa pemantauan.

Read More
Back To Top
×Close search
Search