skip to Main Content
Perangsang Selangor Peruntuk RM25,000 Indahkan Jeti Nelayan

Perangsang Selangor peruntuk RM25,000 indahkan jeti nelayan

Sejumlah RM25,000 diperuntuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bagi mengindahkan pengkalan jeti nelayan di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, di sini.

Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategiknya, Fauzi Ghazali berkata antara yang dilakukan ialah pembersihan sungai, gotong-royong dan menaik taraf kabin serta surau.

“Perangsang Selangor sentiasa komited memupuk kesedaran dan tanggungjawab orang ramai terhadap kepentingan memelihara alam sekitar terutama di Sungai Klang untuk jangka masa panjang.

“Kita juga menaik taraf kemudahan sedia ada untuk kemudahan penduduk setempat,” katanya kepada SelangorKini pada program berkenaan.

Program khidmat masyarakat membabitkan 150 sukarelawan itu merupakan anjuran bersama Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) dan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) di bawah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Read More
Back To Top
×Close search
Search