skip to Main Content
MB: Lapan Projek Gerbang Maritim Selangor Dilaksana

MB: Lapan projek Gerbang Maritim Selangor dilaksana

Lapan projek awal yang dikenal pasti di bawah fasa pertama pelan induk Gerbang Maritim Selangor (GMS) sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan daya tarikan dan keindahan Sungai Klang, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, projek diterajui anak syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) itu meliputi pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang serta pembangunan semula kawasan bandar di sepanjang tebing sungai berkenaan.

Katanya, kawasan terbabit dikhususkan sebagai lokasi aktiviti komuniti dan eko-pelancongan sejajar dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan kawasan tarikan lestari.

“Projek pembangunan semula yang sedang berjalan dan akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat mulai 2020 ialah dua projek pemangkin iaitu kerja menaik taraf keseluruhan Taman Awam Pangkalan Batu sebagai destinasi tumpuan dan taman permainan interaktif.

Read More
Back To Top
×Close search
Search