skip to Main Content
Jentera Interceptor Pelengkap Pembersihan Sungai Klang

Jentera Interceptor pelengkap pembersihan Sungai Klang

Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menarik perhatian antarabangsa menerusi kerjasama dengan ‘The Ocean Cleanup’ membabitkan penggunaan inovasi jentera Interceptor yang akan dijadikan sebagai pelengkap kepada usaha pembersihan Sungai Klang sedia ada.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Selangor salah satu daripada dua lokasi di dunia yang menggunakan jentera generasi baharu itu, tidak termasuk Rotterdam di Belanda.

Selain Selangor, katanya, jentera terbabit turut digunakan di Can Tho, Vietnam selepas jentera prototaipnya diuji di Jakarta, Indonesia.

Read More
Back To Top
×Close search
Search