skip to Main Content
Belanjawan Selangor 2020 Pembukaan Ke Arah WKB2030

Belanjawan Selangor 2020 pembukaan ke arah WKB2030

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyifatkan Belanjawan Selangor 2020 yang bakal dibentangkan pada 1 November ini sebagai pembukaan ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang akan memandu hala tuju dan masa depan negeri itu.

Katanya, belanjawan paling dinantikan seluruh rakyat Selangor itu juga adalah penanda aras baharu untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sekali gus menjadi garis penamat kepada Wawasan 2020.

“Malah, saya percaya belanjawan ini akan menjadi penilaian separuh penggal atau separa daripada Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025.

“Tahun hadapan (2020), maka kita ada kira-kira lima tahun lagi. Jadi, titik penting ini membabitkan banyak perkara yang akan diberi keutamaan, khususnya untuk mencapai dan memulakan sesuatu yang baharu,” katanya.

Read More
Back To Top
×Close search
Search